Kursus Asas Analisis Risiko One Health untuk Pengamal Barisan Hadapan

Current Status
Not Enrolled
Get Started

Pengenalan Kursus  

Kursus ini dicipta oleh pakar dalam bidang kesihatan awam, perubatan veterinar, dan epidemiologi di lapangan. Kursus ini menawarkan pendekatan baharu dan praktikal untuk anda mempelajari Analisis Risiko One Health. Bahan pembelajaran direka untuk meningkatkan pemahaman anda tentang konsep One Health disamping mengukuhkan kemahiran analisis risiko anda, kemahiran membuat keputusan kolaboratif, surveilan, dan komunikasi risiko. 

Format Kursus  

Kursus dalam talian ini menyediakan pelbagai jenis bahan pembelajaran, termasuk pembentangan multimedia, slaid pembentangan yang interaktif, tayangan slaid pembentangan, dan kandungan multimedia berasaskan dokumentari. Anda juga akan mendapat akses kepada templat yang boleh dimuat turun dan sumber bacaan tambahan. Kursus ini disampaikan dalam Bahasa Malaysia dengan sarikata Bahasa Inggeris. Anda boleh melengkapkan kursus ini mengikut  keselesaan anda, pada bila-bila masa,  dan di mana sahaja.

Kelayakan  

Kursus ini direka khusus untuk pengamal barisan hadapan dan professional tidak kira dalam bidang kesihatan manusia, haiwan mahupun persekitaran. Namun demikian, kursus ini juga sesuai diikuti oleh pelajar dalam jurusan berkaitan One Health atau individu yang berminat One Health, terutama sekali dalam analisis risiko. Walaupun tiada prasyarat diperlukan, pemahaman asas tentang konsep kesihatan awam adalah amat disyorkan.

Modul Kursus

Modul 1: One Health: Sekilas Pandang

Modul 2: Prinsip Analisis Risiko dalam One Health

Modul 3: Proses Membuat Keputusan Kolaboratif dalam One Health

Modul 4: Surveilan, Perkongsian Data dan Komunikasi Risiko

Modul 5: Perspektif Masa Depan Analisis Risiko One Health

Tempoh Kursus  

4 hingga 5 jam

Objektif Pembelajaran  

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  1. Memahami konsep asas One Health dan analisis risiko.
  2. Memiliki kemahiran dalam menjalankan analisis risiko One Health.
  3. Meningkatkan keupayaan dalam membuat keputusan kolaboratif dalam isu One Health.
  4. Mewujudkan komunikasi risiko yang berkesan melalui perkongsian data dan surveilan bersepadu.

Yuran Pendaftaran  

Kursus ini ditawarkan secara percuma kepada semua peserta.

Pensijilan  

Peserta yang melengkapkan kursus dan lulus penilaian akhir akan menerima sijil penyertaan.

Barisan Fasilitator Kursus

  • Dr. Suhaily Mohd Hairon

Seorang Pensyarah Perubatan Kanan dan Pakar Kesihatan Awam dengan pengkhususan dalam Epidemiologi di Universiti Sains Malaysia, telah menjadi tenaga pengajar untuk topik One Health selama lebih dari satu dekad. Penglibatannya dalam One Health Field Epidemiology Training memperkukuh lagi kepakarannya. Kajian beliau bukan sahaja memberi kesan besar, malah menjadi pemangkin dalam memperkasa strategi kesihatan awam di Malaysia.

  • Professor Madya Dr. Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad

Seorang penerima Ijazah Sarjana Perubatan Masyarakat pada tahun 2002 dan sekarang memegang jawatan Ketua Jabatan di Jabatan Perubatan Masyarakat, Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah bertugas di Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia serta mengikuti latihan felo World Health Organization dalam survelan HIV/AIDS dan pemodelan penyakit berjangkit daripada Imperial College London. Bidang kepakaran beliau adalah epidemiologi penyakit berjangkit terutama HIV, Tuberculosis, Leptospirosis dan lain-lain penyakit yang sangat dekat dengan pendekatan One-Health. Beliau sering dijemput untuk menyumbang artikel dan komentar dalam akhbar dan makalah bagi pengurusan penyakit berjangkit dan pandemik di Malaysia.

  • Professor Dr Aziah Binti Daud

Seorang Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang berwibawa dengan kepakaran mendalam dalam bidang One Health. Beliau memainkan peranan penting dalam Malaysia One Health University Network (MyOHUN) melalui lantikan sebagai panel penilai, penasihat dan ahli jawatankuasa untuk program-program One Health di Malaysia. Sumbangan beliau yang berharga telah memperkukuh pendekatan antara disiplin dalam landskap kesihatan awam. Kepakaran beliau, khususnya dalam penyelidikan Leptospirosis yang merupakan salah satu isu One Health menjadikan beliau seorang peneraju yang berpengaruh dalam memperkasakan usaha penyelidikan dan kerjasama di peringkat nasional.

  • Professor Madya Dr. Mohd Ismail Ibrahim

Seorang alumni cemerlang Universiti Sains Malaysia dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dengan pengkhususan bidang pengurusan sistem kesihatan dan penilaian program pendidikan kesihatan. Dengan lebih daripada 50 penerbitan dalam jurnal berprestij, beliau diiktiraf sebagai salah seorang pakar yang disegani dalam bidangnya. Kepimpinan beliau dalam bimbingan akademik melangkaui sempadan apabila membimbing pelajar pascasiswazah daripada pelbagai latar belakang menjadikan pihak berkepentingan One Health sudah menjadi tidak asing lagi bagi beliau.

  • Professor Madya Dr. Choong Siew Shean

Seorang pensyarah di Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan veterinar, dengan kepakaran khusus dalam bidang kesihatan haiwan dan pengurusan penyakit zoonotik. Beliau juga aktif dalam menyumbang kepada perkembangan sains veterinar melalui penyelidikan berprofil tinggi dan penerbitan berkaitan One Health. Seiring dengan perkhidmatannya, beliau telah menerima beberapa anugerah.

  • Dr. Nik Mohd Hafiz Mohd Fuzi

Seorang Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang mempunyai latar belakang dalam pengurusan kecemasan kesihatan awam, setelah menamatkan program felo di Pusat Kawalan Penyakit (CDC) di Atlanta, Amerika Syarikat. Kini, beliau berkhidmat sebagai pegawai teknikal di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebagai pengamal lapangan, beliau terlibat secara meluas dalam proses membuat keputusan secara kolaboratif dalam tugas harian beliau. Pengalaman beliau dalam menguruskan kecemasan kesihatan awam sangat bernilai, terutamanya dalam konteks One Health. Perspektif beliau mengenai pengurusan kecemasan menekankan kepentingan keputusan kolaboratif dalam situasi krisis.

  • Dr. Ainin Syakirah Rosli

Seorang pegawai veterinar berdedikasi yang kini berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan. Beliau sering memainkan peranan penting dalam pengurusan risiko penyakit zoonotik dan respons terhadap wabak penyakit berjangkit. Sebagai pegawai teknikal di lapangan, beliau bukan sahaja cekap dalam membuat keputusan kolaboratif, tetapi juga berperanan aktif dalam meningkatkan kesedaran awam melalui program pendidikan dan latihan. Penglibatannya dalam seminar dan inisiatif kesihatan haiwan serta pencegahan penyakit zoonotik telah menjadi tonggak utama dalam memperkasa amalan veterinar, memastikan kesejahteraan haiwan dan manusia terpelihara di rantau ini.

MyOHUN, ONE HEALTH PRINCIPLES AND CONCEPTS, RISK ANALYSIS, Zoonotic disease, Bahasa Malay, English, Malaysia
Average Review Score:
★★★★★

You must log in and have started this course to submit a review.

Course Content

Pengumpulan Data Pra-Kursus 2 Quizzes

Course Attributes

Scroll to Top